Tribulasi-tribulasi Di Jalan Dakwah dan Beberapa Persoalan Tentangnya (2)

Bolehkah Kita Mengelakkan Tribulasi atau Mengurangkan Tekanannya atau Mengelakkannya Merupakan Penyelewengan dari Jalan Dakwah?
Ada orang menggambarkan bahawa dengan sedikit berpolitik, diplomasi dan menggunakan
kecerdikan dan perlaksanaan yang baik dapat mengelakkan ujian dan bencana dari menimpa para pendokong dakwah dan memimpin para pendokong dakwah serta menjauhkan mereka dari bencana dan siksaan yang sangat dahsyat dari musuh-musuh Allah dan dari terus menimpa mereka
atau sekurang-kurangnya mengurangkan tekanan dan memendekkan masanya. Adakah pendapat
ini benar dan tepat? Benarkah mereka boleh berbuat demikian selagi mereka berpegang teguh
dengan dakwah mereka? Marilah kita mencari jawapan yang sahih terhadap persoalan ini. Marilah
kita lihat sirah RasuluUah s.a.w. yang kita ikuti jejak langkahnya dan berjalan di atas jalannya. Kita
semua mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w. bersungguh-sungguh membawa kebaikan kepada
orang-orang yang beriman, sangat pengasih dan sayang kepada mereka dan bersusah hati di atas
kesusahan mereka sebagaimana yang disifatkan Allah Taala tentang baginda:
"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya
penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang
terhadap orang-orang mukmin". AtTaubah: 128
Rasulullah s.a.w. sendiri terdedah kepada pelbagai rupa ujian penyiksaan hinggakan
baginda sendiri melihat mukmin mengalami rupa penyeksaan dari pihak kafir Quraisy. Sekiranya
Rasulullah mampu membuat sesuatu untuk menghalang penyiksaan kaum Musyrikin ke atas
mukminin dan melindungi mereka, nescaya baginda berbuat demikian. Namun, baginda hanyalah
mewasiatkan supaya mereka bersabar, bertahan di atas akidah mereka, menggembirakan mereka
dengan syurga, dengan pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan agama Allah. Baginda bersabda
kepada mereka.
"Bersabarlah sungguh-sungguh hai keluarga Yasir kerana sesungguhnya janji mu ialah syurga".
Imam Bukhari rahmatullah telah meriwayatkan dari Qais berkata:
“Aku telah mendengar Khabab r.a berkata: Aku telah mendatangi Rasulullah s.a.w. sedang baginda
berbantalkan burdadi bawah naungan Kaabah. Ketika itu kami sedang menerima penyiksaan yang keras dari
kaum musyrikin lalu dia berkata: Tidak mahukah kamu berdoa kepada Allah? Lalu Rasulullah s.a.w. duduk
dengan merah padam mukanya lantas bersabda: Sesungguhnya telah terjadi kepada orang-orang sebelum kamu
telah disikat dengan sikat-sikat besi yang mencakar-cakar daging-daging dan urat-urat mereka hingga ke
tulang-tulang mereka. Itu tidak memalingkan muka dari agama mereka. Kepala mereka digergaji hingga
terbelah dua. Ini tidak memalingkan mereka dari agama mereka. Satu masa nanti pasti Allah akan
menyempumakan urusan agama ini dengan memberi kemenangan kepadanya di mana orang yang
menunggang itu berjalan dari San'a di Yaman ke Hadramaut tanpa rasa takut kecuali hanya kepada Allah dan
hanya bimbangkan serangan serigala ke atas kambing-kambingnya. Tetapi kamu ini hendak mencapai
kemenangan dengan segera".
Demikianlah kita mendapati Rasulullah, walaupun sangat sedih dan dukacita melihat
orang-orang yang beriman ditimpa bencana dan seksaan dari kaum Musyrikin, baginda murka
apabila diminta supaya berdoa' kepada Allah bagi mereka. Ini adalah bertujuan mendidik mereka
supaya mereka tahu bahawa ujian dan bencana itu bukanlah perkara baru dan asing dan itu adalah
sunnah Allah, undang-undang Allah yang pasti berlaku ke atas orang-orang yang beriman dan pasti
berlaku di atas jalan dakwah Islam, sebagaimana yang telah dialami oleh orang-orang mukmin
sebelum mereka. Oleh kerana itu, hendaklah mereka bersabar sebagaimana sabarnya mukminin
sebelum mereka, bersabar dengan penuh tenang dan yakin bahawa kemenangan akhirnya akan
menjadi milik mereka. Allah akan menyempumakan urusan Islam itu dan menegakkan
kedaulatannya di muka bumi sekalipun bagaimana besar dan banyaknya tipu daya musuh-musuh
Allah.
11.2 Bilakah Akan Berhentinya Penyiksaan Musuh-Musuh Allah Terhadap Mukminin?
Sesungguhnya musuh-musuh Allah itu memerangi dakwah Allah di dalam diri para
pendokongnya dengan berbagai-bagai usaha, helah dan penyeksaan yang berterusan dan berulang
untuk memalingkan mereka dari dakwah mereka. Kadang-kadang dengan pujuk rayu, umpanumpan
palsu atau janji-janji manis yang penuh dengan muslihat. Kadang-kala pula berupa ancaman,
gertakan, penyeksaan dan tindakan yang kejam. Mereka tidak berhenti berbuat demikian hinggalah
para pendokong dakwah meninggalkan dakwah mereka sehingga orang-orang mukmin
meninggalkan dakwah mereka, mengikut cara hidup mereka dan menyokong kebatilan mereka.
Benarlah Allah s.w.t Yang Maha Agung apabila berfirman:
"Mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari
agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup". Al-Baqarah: 217
Firman Allah lagi:
"Jika mereka menangkap kamu, nescaya mereka bertindak, sebagai musuh bagimu dan melepaskan
tangan dan lidah mereka kepadamu dengan menyakitimu, dan mereka ingin supaya kamu (kembali) kafir".
Al-Mumtahinah: 2
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu hingga kamu mengikut agama
mereka" Al-Baqarah: 120
Sesungguhnya penyeksaan yang dimulakan oleh musuh-musuh Allah kerana akidahnya
tidak akan berhenti selagi para penganut akidah itu tidak mahu meninggalkan akidah mereka atau
sekurang-kurangnya goyah dengan pegangan akidah dan tidak melakukan kegiatan dakwah
mereka. Atau tidak melakukan gerakan akidah dan dakwah mereka. Sesungguhnya ini bukanlah
merupakan permusuhan peribadi atau tujuan duniawi kerana mereka telah menawarkan harta dan
kuasa kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda menolaknya dengan penuh kemuliaan orang-orang
yang beriman, kekuatan azam, berpegang teguh dengan akidah dan bekerja untuknya walaupun
sikap yang tegas itu membawa kepada kebinasaannya dan Rasulullah s.a.w. telah bersabda dengan
sabda yang tegas dan kekal:-
"Demi Allah sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku
supaya aku meninggalkan urusan ini, nescaya aku tidak akan meninggalkannya hinggalah Allah memberi
kemenangan kerananya ataupun aku binasa kerananya ".
Para pendokong dakwah dan penganut akidah Islam, tidak akan meninggalkan akidah dan
dakwah mereka. Mereka tidak akan berhenti dari melaksanakan tugas-tugas harakah dan kegiatan
dakwah mereka dan tidak akan memberhentikan jihad dan perjuangan mereka lantaran rintangan,
gangguan dan penyiksaan yang menimpa mereka. Kalau tidak, lebih baik mereka awal-awal lagi
tidak tampil ke hadapan untuk memikul amanah ini dan tidak bangun melaksanakan segala
tuntutannya.
11.3 Dakwah Itu Tertegak Dari Keazaman, Bukan Kemudahan
Memang benar, Allah memberi keringanan untuk mengaku dengan kalimah kufur hanya
pada lidah disebabkan tekanan dan penyiksaan selagi hatinya tidak rela dengan kalimah kufur itu
dan jiwanya tetap beriman kerana itu adalah rahmat Allah kepada hambaNya, kerana mengetahui
kemampuan mareka yang terbatas.
Firman Allah yang bermaksud:
"Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah) kecuali
orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang di dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang
yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, amaka kemurkaan Allah menimpanaya dan baginya azab yang
besar".An-Nahl: 106
Tetapi, kemudahan itu tidak bererti kita boleh menjadikannya sebagai asas dan pokok
pendirian mukmin apabila menghadapi gangguan dan penyiksaan. Lalu kita jadikan pengecualian
itu sebagai ketahanan dan ketetapan dan berpegang teguh dengan akidah dan tidak menyahut
segala tuntutan mereka. Sesungguhnya dakwah yang benar tidak mungkin berdiri di atas rukhsah
(kemudahan) dan tidak boleh dijual beli dengan murah. Sebaliknya ia mesti dibangunkan di atas
uzmah (keazaman) oleh orang-orang yang mempunyai keazaman dan ketangkasan. Oleh itu, sudah
menjadi sunnah Allah dalam memperbezakan dan membersihkan serta menyucikan mukmin.
Oleh kerana itu juga kita dapati Rasulullah s.a.w. tidak menyuruh orang-orang mukminin
menggunakan keringanan itu dengan tujuan menjauhkan mereka dari gangguan dan penyiksaan
musyrikin Quraisy. Tetapi sesungguhnya baginda mengasihani mereka, menyuruh mereka bersabar,
bertahan menanggung segala gangguan-gangguan musyrikin dan menggembirakan mereka dengan
kemenangan yang pasti datang dan menjanjikan mereka dengan syurga Allah. Rasulullah s.a.w.
mempunyai pendirian yang tegas bersama dengan orang-orang yang beriman dan wahyu berturutturut
turun kepada baginda:
"Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu sesungguhnya
kamu berada di atas jalan yang lurus. Dan Al-Quran itu benar-benar suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi
kaummu dan kelak kamu akan dipertanggungjawabkan ". AzZukhruf:43-44
"Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama itu) dan tetaplah sebagaimana diperintahkan
kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah : "Aku beriman kepada semua kitab
yang diturunkan Allah". As-Syuura: 15
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (Muhammad) dengan beransur-ansur.
Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu dan janganlah kamu ikuti orang-orang
yang berdosa dan orang-orang yang kafir di antara mereka". Al-Insaan: 23 dan 24
"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan apa yang diperintahkan (kepadamu) dan
berpalinglah dari orang-orang musyrik". Al-Hijr:94
Akan tetapi orang-orang yang beriman itu harus menerima keuzuran (alasan), iaitu bagi
orang-orang yang tidak mampu lagi menanggung derita gangguan dan penyiksaan selagi hatinya
tidak berubah. Janganlah berubah hati terhadapnya dan janganlah mereka memutuskan hubungan
persaudaraan dengan dia.
11.4 Mengelakkan Tribulasi Adalah Penyelewengan Dari Jalan Dakwah:
Apabila dakwah Allah telah berjalan dan dijalankan oleh para pendokongnya di jalan yang
benar dan sahih secara syumul dan sempurna tanpa cuai dan menyeleweng, musuh-musuh
mengetahui tentang natijahnya untuk menghapuskan kebatilan mereka, menegakkan yang hak,
membangunkan kebenaran di atas tempatnya kerana sesungguhnya kebenaran itulah yang lebih
patut diikuti. Mereka musuh-musuh Allah mulalah menjalankan usaha-usaha dan tipudaya mereka
tanpa henti untuk memalingkan dakwah Allah, para pendokong dan para petugasnya dari jalan
sahih. Ini menyebabkan orang-orang yang beriman terdedah kepada bencana dan penyiksaan.
Orang-orang yang beriman sebagai satu jamaah tidak akan dapat mengelakkan bencana dan
penyiksaan itu kecuali apabila mereka meninggalkan dakwah mereka ataupun meninggalkan
perkara yang menimbulkan kemarahan dan kegelisahan musuh-musuh Allah atau mereka
bermuafakat dan bekerjasama untuk dakwah atau bergerak dengannya. Segala bentuk tolenrasi
sedemikian pada hakikatnya menyelewengkan dakwah dari jalan yang diredhai Allah di mana
Rasulullah s.a.w. dan para sahabat telah berjalan di atasnya. Kita wajib berjalan di atasnya mengikuti
Rasulullah s.a.w. yang menjadi sebaik-baik tauladan.
Para pemimpin dan para pendokong dakwah harus mengetahui bahawa jalan dakwah tidak
ditaburi dengan bunga-bungaan yang harum. Mereka mesti menguatkan azamnya untuk sabar dan
mempertahankan akidah mereka. Hendaklah mereka bertenang dan percaya kepada pertolongan
Allah dan sokonganNya kepada mereka. Pada hakikatnya, musuh-musuh Allah itu tidak memerangi
tubuh-tubuh mereka yang lemah, yang menjadi sasaran seksaan, gangguan, sasaran senjata dan tali
gantung mereka tetapi mereka itu hanya memusuhi Allah dan dakwah,
"Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tiuada mengetahui".
Yusuf:21
Janganlah seseorang itu memahami bahawa kami.dari golongan yang suka memasuki dan
mencari tempat tahanan atau dari golongan yang suka diganggu dan dibunuh. Sekali-kali tidak.
Lebih dari itu kita sentiasa memohon ‘afiat pada Allah dan tidak menjadikan kita fitnah bagi orangorang
yang zalim. Kita mohon kepada Allah supaya kita diselamatkan dengan rahmatNya dari
kaum yang zalim. Kita tidak pernah menolak keenakkan afiat yang terbuka selagi ia tidak
menyentuh akidah kita, tidak mengganggu keselamatan tujuan, penerusan usaha dan tidak
merintangi jalanNya.
Kita bukannya bercita-cita menemui musuh. Kita tidak mencari musuh atau membangkitkan
kemarahan musuh dan kita tidak suka memberi alasan untuk membenarkan dia membuat
permusuhan kepada kita. Sekiranya dia enggan juga menerimanya sebaliknya hendaknya
mengganggu dan menyiksa kita, maka itu menunjukkan permusuhannya kepada dakwah dan kita
tidak dapat berbuat apa-apa kecuali bersabar menanggung dan mengharap kepada Allah. Kita tidak
akan mencuaikan usaha dakwah kita dan kita tidak akan menguranginya.
"Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu dan
tidak pula menyerah kep.ada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa selain ucapan:
"Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami
dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami menghadapi orang-orang yang kafir". Kerana itu Allah
memberikan mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di Akhirat.. Dan Allah menyukai orang-orang yang
berbuat kebaikan". Alilmran: 146-148
"Mengapa kami tidak akan bertawakkal kepada Allah padahal Dia telah menunjukkan jalan kepada
kami? Kami benar-benar akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan terhadap kami, dan
hanya kepada Allah sahaja orang-orang yang bertawakal itu berserah diri." Ibrahim: 12

Post a Comment

Previous Post Next Post