Penyelewengan Di dalam Masalah Kafir Mengkafir

Tadi saya telah terangkan tentang penyelewengan di jalan dakwah boleh mendatangkan akibat-akibat yang merbahaya kepada dakwah dan pendokong-pendokongnya. Kita tambahkan lagi di sini bahawa penyelewengan fikrah adalah lebih merbahaya dari penyeleweng harakah kerana di dalam fikrah yang sahih dan benar akan melahirkan harakah yang sahih dan dari situ dapat dibetulkan segala penyelewengan dan kesalahan harakah. Jadi fikrah yang sihat melahirkan harakah
yang sihat. Tetapi kalau fikrah telah menyeleweng, segala tindakan-tindakan harakah yang timbul
daripadanya tidak akan membawa sebarang kebaikan, malah membahayakan lagi sia-sia.
Oleh itu kita dapati di dalam tahap permulaan dakwah Islam, Rasulullah s.a.w. telah
menyempurnakan peneguhan dan pemantapan akidah dan konsep yang sihat sejahtera lagi terang
dan nyata tentang Islam dan risalahnya. Turunnya wahyu satu ayat demi satu ayat dan surah
memantapkan dan mengukuhkan dasarnya, menerangkan, memperbetulkan dan
menyampaikannya, dan Rasulullah s.a.w. sendiri menerangkan, menjelaskan dan bertindak dengan
amalan yang benar dan sempurna dan menghapuskan segala penyelewengan amalan.
Di atas jalan itu juga, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna berusaha dengan seluruh tenaga
dan kemampuannya untuk menyatukan umat Islam di atas akidah yang sahih dan sempurna dan
kefahaman yang mendalam, teliti dan sahih tentang Islam melalui al-Quran dan sunnah Rasulullah
s.a.w. Beliau tidak leka pula mengawasi penyelewengan fikrah yang boleh menimbulkan satu
perpecahan dari berbagai-bagai perpecahan yang telah sedia banyak itu. Beliau membawa mereka
kembali kepada sirah salafussoleh dengan kefahaman dan amalan mereka yang sejahtera untuk
Islam di bawah naungan wahyu dan persahabatan dengan Rasulullah s.a.w. Beliau menjadikan
kefahaman itu sebagai rukun pertama dari rukun bai'ah-persetiaan- kerana sesungguhnya semua
rukun bai' ah diasaskan di atasnya dan sangat kuat hubungannya dengan rukun-rukun tersebut.
Beliau telah menentukan baginya (kefahaman) dua puluh usul sebagai pagar yang mengelilingi dan
memeliharanya dari sebarang penyelewengan, keterlaluan, kecuaian atau meringan-ringankan.
Beliau jugalah yang mengisytiharkan bahawa dakwah kita adalah salafiah, menurut jalan salafus
saleh, para sahabat Nabi s.a.w dan pengikut-pengikutnya.
Satu lagi penyelewengan yang terpenting dalam fikrah yang wajar kita berikan perhatian
ialah penyelewengan di dalam masalah kafir-mengkafir. Kita tidak suka menyentuh dan
memanjangkan perbincangan dan berbantah-bantah dalil. Ini semua telah dijelas di dalam buku
"Nahnu Duat La Qudhat" (Kita Pendakwah, Bukan Hakim) yang telah ditulis oleh Hassan Al-
Hudhaibi rahmahullah. Kita akan hanya menyentuh beberapa bayangan dan keterangan dan cuba
menjelaskan bagaimana salah dan bahayanya penyelewengan seperti itu dan siapa yang menjadi
mangsanya. Kita tidak akan menuduh niat-niat mereka, bahkan kita mengakui kebaikan niat mereka
yang membawa fikrah yang menyeleweng itu.
7.1 Adakah Menghukum Orang Lain Itu Wajib bagi Setiap Muslim?
Telah diketahui bahawa syariat Islam telah memberi taklif menuntut supaya kita menyeru
manusia kepada Allah, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari berbuat kemungkaran. Tiaptiap
seorang dari kita akan disoal di hadapan Allah: "Sudahkah kamu menyeru keluargamu,
jiranmu, kenalanmu dan semua orang yang berhubung dengan kamu kepada Allah; untuk
melaksanakan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. atau belum?" Kamu tidak akan disoal:
"Sudahkah kamu menghukum ke atas si pulan atau belum? Kenapa kamu tidak menghukumnya?"
Kerana itu tidak termasuk di dalam taklif syari'ah. Yang menjadi tugas kamu dan diberi pahala jika
kamu melaksanakannya adalah tugas dakwah, menyeru manusia kepada Allah dan kamu akan
diazab jika kamu mencuaikannya. Kamu tidak akan diseksa jika kamu tidak menghukum, tetapi
sebalil jika kamu melakukannya, kamu akan terdedah kepada azab yang sang keras apabila kamu
tersalah memberi hukuman.
Daulah Islam yang mendirikan dan mendaulatkan syari'at Allah. Dialah yang
bertanggungjawab menentukan hal ehwal individu-individu di dalam akidahnya sama ada dia kafir
atau muslim. Setiap orang mereka mempunyai cara muamalahnya. Bermuamalah dengan muslim
tidak sama dengan bermuamalah dengan zimmi dan bermuamalah dengan zimmi tidak sama
dengan murtad dan begitulah seterusnya. Menentukan hukum kepada mereka bukanlah urusan
individu, tetapi kadangkala di satu ketika seorang individu itu perlu mengetahui keadaan seseorang
apabila dia ingin membuat sebarang perhubungan dengannya contohnya dalam urusan pernikahan,
perniagaan atau urusan-urusan lain. Boleh jadi orang itu komunis (mulhid), athies ataupun murtad.
Jadi, dalam hal ini jika kamu merasa ragu-ragu tentang dirinya, cukuplah dengan menghentikan
sahaja niat kamu, janganlah pula menjatuhkan hukuman ke atasnya.
7.2 Mengkafirkan Seorang Muslim Adalah Perkara Yang Sangat Merbahaya
Kita semua maklum tentang kehormatan seorang muslim: "Tiap-tiap Muslim ke atas Muslim
haram darahnya, hartanya dan kehormatannya". Sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan
kehormatan kamu haram di atas kamu seperti haramnya hari kamu ini, di bulan kamu ini".
Oleh kerana itu kita dapati syari'at Islam melindungi kehormatan ini dengan perundangan
yang bijaksana. Syari'at ini melindungi darahnya dengan perlaksanaan had Qisas, melindungi
kehormatannya dengan had Qazaf dan had zina (orang yang menuduh berzina di hukum sebat
lapan puluh kali) dan melindungi hartanya dengan had potong tangan yang mencurinya dan
demikianlah seterusnya. Oleh itu, menghukum orang dengan kufur atau mengkafirinya, padahal dia
seorang muslim samalah ertinya mencabul kehormatan yang paling mulia. Menuduh seorang
muslim sebagai seorang kafir lebih dahsyat dari membunuhnya. Oleh kerana itu, balasannya sama
dengan jenis kerjanya. Umpamanya jika menuduh seorang muslim sebagai seorang kafir tanpa
bukti, maka menuduh itu menjadi kafir. Imam Bukhari r.a. bahawa Abu Dzar mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tidak boleh seorang lelaki menuduh lelaki yang lain sebagai fasik atau kufur kerana tuduhan itu akan kembali
semula kepadanya jika yang dituduh itu tidak sedemikian".
Darinya lagi, bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa memanggil seorang lelaki dengan panggilan kafir atau mengatanya musuh Allah, sedangkan
orang itu tidak sedemikian, maka tuduhan itu akan kembali semula kepadanya".-Muttafaq 'Alain
Dari Ibnu Umar r.a. beliau berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.
"Apabila seseorang lelaki berkata kepada saudaranya: "hai kafir", maka kekufurannya itu jatuh kepada salah
seorang daripada keduanya. Jika apa yang dikatakan itu benar, kafirlah orang dipanggil topi kalau tidak,
kekafiran itu kembali semula kepadanya".
Dari sini dapatlah kita melihat bahawa menghukum seseorang muslim itu sebagai orang
kafir adalah satu tindakan yang membawa kepada kebinasaan tanpa pahala yang boleh diharap
darinya dan ini bukan dari tugas-tugas syar'iah.
7.3 Manakah Yang Lebih Perlu Diawasi?
Beranikah kita mengatakan kepada seorang yang sakit, tidak mampu ataupun tidak berdaya
lagi bergerak tetapi masih hidup, bahawa dia telah mati lalu dikebumikan sebelum kematiannya.
Jika tidak ada perbezaan pendapat dan mempunyai keyakinan yang cukup tentang kematiannya
barulah kita berani mengatakan bahawa dia telah mati.
Walaupun orang sakit yang tidak sedarkan diri beberapa hari tetap masih hidup, dia tidak
boleh diuruskan sebagai orang mati sebelum dia benar-benar mati. Perlakuan demikian dianggap
sebagai dosa besar dan dipandang sebagai pembunuh walau bagaimana kuat pun penyakitnya.
Sekiranya kita perlu berwaspada dan berhati-hati terhadap masalah tersebut terhadap tubuh
manusia, tentulah kita lebih perlu berwaspada dan berhati-hati menjatuhkan hukuman terhadap
urusan akidah. Jadi bertindak melucutkan Islam dari seorang muslim dengan melemparkan|
tuduhan kafir kepadanya adalah lebih besar dosanya dan lebih besar bahayanya daripada
menyatakan bahawa orang sakit telah mati padahal ia masih hidup. Jadi, mengapakah kita dengan
mudah dan berani mengkafirkan berjuta-juta muslim.
Kita tidak menyangkal, bahawa memang ada dari kalangan muslim yang hidup bersama
kita, jika diperiksa dengan teliti dan halus, kita akan dapati dia telah murtad dan telah keluar dari
Islam secara langsung, tetapi kita hendaklah memandangnya secara zahir dan zatnya sahaja. Jadi
kita memandangnya sebagai muslim kecuali yang telah sabit kekufurannya dan murtadnya secara
Qat'i dan pasti menurut ketentuan syar'i.
Tidak boleh juga kita tawaqquf lalu kita tidak memandang seorang sebagai muslim atau
sebagai kafir. Ini tidak logik dan tidak berpijak di alam nyata. Demikian juga kita tidak boleh
membiarkan orang yang sakit supaya dia terus sakit. Sebaliknya, kita mestilah mengubatinya jauh
sekali untuk mengurusnya sebagai orang yang mati lalu mengebumikannya. Sebab asalnya dia
seorang yang hidup sehingga sabit kematiannya. Demikian juga seluruh saudara selslam kita.
Mereka dianggap muslim sehingga sabit kekufurannya, baru dipandang sebagai orang kafir.
7.4 Batas Pemisah Antara Kufur dan Islam
Allah tidak menjadikan batas pemisah di antara kufur dan Islam sebagai satu marhalah yang
mesti dilalui, kerana ini akan menimbulkan salah dalam pertimbangan apabila seseorang melintasi
marhalah itu sama ada seluruhnya atau sebahagiannya yang kemudiannya timbul perselisihan sama
ada menganggapnya sebagai seorang muslim atau orang kafir, lalu menimbulkan beberapa perkara
yang sangat bahaya.
Oleh kerana itu, dengan hikmah Allah Taala dan kasih sayangNya kepada kita, Dia
menjadikan batas pemisah di antara kufur dan Islam sebagai satu garis yang halus, jelas dan tidak
ada perselisihan di atasnya supaya kita tidak terjerumus di dalam konflik yang paling payah iaitu,
dengan mengucap dua kalimah syahadah sahaja orang itu adalah dikatakan sebagai seorang
muslim. Demikian juga Dia menjadikan urusan keluar atau murtad dari Islam tidak akan terjadi jika
tidak disertai dengan dalil qat'ie dan pasti yang jelas kekufurannya. Dengan memberi peluang
kepada si murtad itu untuk bertaubat sebelum menjatuhkan hukuman had ar-riddah ke atasnya.
Islam tidak menyuruh kita mengadakan ujian kepada sesiapa yang hendak memasuki Islam.
Lalu kita berselisih dalam menentukan ujian kepada sesiapa yang hendak memasuki Islam.
Kemudian kita berselisih dalam menentukan darjah-darjah kelslamannya dan menetapkan berjaya
atau gagalnya dia dalam ujian tersebut. Tapi kita hanyalah menurut sabda Rasulullah:
"Serulah mereka supaya naik saksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah",
maka jika mereka mengucapkan demikian maka sesungguhnya darah dan harta mereka telah terpelihara".
Kita semua telah mengetahui kisah seorang Muslim yang berperang di dalam barisan
musyrikin dan mengucapkan dua kalimah syahadah, kemudian dia dibunuh oleh Usamah bin Zaid
r.a. setelah dia mengucap dua kalimah syahadah kerana Usamah menyangkanya sebagai satu helah
untuk mengelakkan dirinya dari dibunuh, tetapi Rasulullah s.a.w. sangat marah dan kesal terhadap
tindakan Usamah lalu bersabda kepadanya: "Kenapa engkau tidak membelah dadanya?". Ada
pendapat yang mengatakan bahawa orang mengucap dua kalimah syahadah tidak boleh dipandang
sebagai seorang muslim kecuali dia beramal dan memenuhi tuntutan dua kalimah syahadah itu. Itu
adalah pendapat yang salah dan keliru. Orang yang mengucap dua kalimah syahadah itu telah
menjadi Muslim, tetapi muslimnya sama ada Muslim yang taat, Muslim yang derhaka, ataupun
murtad. Itupun sekiranya dia mengingkari perkara yang pasti dimaklumi ataupun dia membuat
sesuatu yang tidak dapat diberi pengertian kecuali kekufuran sahaja.
7.5 Memecahkan Objek Dakwah
Sesungguhnya Muslim yang kita perguali dan campuri dan yang kita seru kepada Allah,
kepada memahami Islam, supaya mereka melaksanakan ajaran Islam dan bekerja untuk Islam, inilah
yang menjadi sasaran dan objek dakwah yang kita bekerja di dalamnya. Kita tarik daripadanya
individu yang beriman yang terpengaruh dengan dakwah kemudian kita jadikan mereka
pendokong-pendokong dakwah yang berjihad dan berkorban pada jalannya. Sekiranya mereka
merasai bahawa kita menganggap mereka sebagai orang-orang kafir, mereka akan lari dari kita,
tidak mahu mendengar apa yang kita serukan kepada mereka, lalu menjadi musuh-musuh kita.
Dengan itu, kita sendirilah yang memecahkan objek dakwah kita dengan tangan-tangan kita dan
kitalah yang tersingkir. Lantaran itu, kita berjalan di atas jalan mati. Kita telah mengasingkan diri
kita dari mereka dan kita pada akhirnya tidak dapat merealisasikan satu pun kebaikan untuk Islam
dan Muslimin.
Sesungguhnya musuh-musuh Allah telah menjajah negeri-negeri umat Islam di seluruh
dunia dalam tempoh yang lama. Mereka telah lama membuat berbagai rancangan untuk
menjauhkan intisari Islam dan hakikatnya dari kehidupan umat Islam setelah mereka gagal
memisahkan umat Islam dari agama mereka. Lantaran itu timbullah generasi-generasi yang jahil
terhadap sebahagian besar ajaran Islam. Islam tidak dapat dijelmakan dalam sebahagian besar aspek
kehidupan mereka. Inilah yang mendorong dan mendesak kita agar melipat gandakan usaha dan
kerja kita untuk menarik tangan-tangan mereka, menasihati mereka, memberi tunjuk ajar kepada
mereka, membawa hidayah Islam kepada mereka dan membukakan mata mereka supaya mereka
dapat melihat Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Itu tidak cukup dengan
fatwa mengkafir sahaja dan membangunkan tembok-tembok dan tabir-tabir di antara kita dengan mereka.
Musuh-musuh Allah sentiasa bercita-cita dan berusaha bersungguh-sungguh untuk
memecah-belahkan barisan Muslim. Apakah lagi yang dikehendaki selain dari melihat umat Islam
berpecah-belah. Dengan adanyakumpulan, parti, institusi dan pertubuhan yang mengkafirkan yang
lain itulah yang memudahkan musuh-musuh Allah menghancurkan Islam dan sistemnya tanpa
membawa faedah dan kebaikan kepada Islam.
7.6 JalanNya Yang Sahih
Apabila kita bersungguh-sungguh hendak merealisasikan satu kebaikan untuk Islam dan
hendak menegakkan daulah Islam di muka bumi, kita mestilah berjalan mengikut jalan yang telah
dilalui oleh Rasulullah s.a.w. di zaman silam iaitu dari segi imannya, amal, cinta dan ukhuwah tanpa
sebarang pertukaran dan perubahan, tanpa cuai dan keterlaluan sebagaimana firman Allah:
"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada
Allah, maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan
mereka sedikitpun tidak mengubah (janjinya)"'. Supaya Allah s.w.t. memberikan balasan kepada orang-orang
yang benar itu kerana kebenarannya dan menyiksa orang munafik jika dikehendakiNya atau menerima taubat
mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-AhZab: 23&24)
Firman Allah Taala:
"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah
s.w.t. dengan hujjah yang nyata. Maha Suci Allah s.w.t. dan aku tiada termasuk orang-orang yang
musyrik".(Yusuf: 108)
Semoga Allah s.w.t. menjadikan kita pengikut-pengikut Rasulullah s.a.w. yang berjalan di
atas jalan yang dicontohkannya tanpa merubah! dan menggantikannya.

Post a Comment

Previous Post Next Post