Beberapa Rintangan di Jalan Yang Kita Lalui: (2)

Sunday, 4 July 2010

print this page
send email
Allah menjadikan manusia dari tanah lalu dia meniupkan nyawa rohNya. Ada padanya beberapa tarikan yang menariknya ke dunia supaya dia kekal di dalamnya, manakala sifat rabbani (ketuhanan) menariknya naik dan mengangkatnya ke atas. Itulah dia medan Jihad, lapangan perjuangan dan mujahadah. Di situlah kita melatih diri, menerima ujian fitnah dan dugaan di antara condong ke dunia dan berusaha ke dan mencapai rahmat Allah.
"Barangsiapa yang inginkan keuntungan di akhirat, akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barang
siapa yang mahukan keuntungan di dunia kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan
tidak ada baginya satu bahagian pun di akhirat." As-Syuura: 20
Barang siapa yang berusaha mengurangkan tekanan dan kecenderungan duniawi dan
mengangkat dirinya naik ke atas, dia berjalan di atas jalan dakwah dan mengharungi berbagai-bagai
bukit rintangan dengan pertolongan dari Allah dan taufikNya. Barangsiapa yang memandang
ringan godaan dan tarikan duniawi, tidak berjihad melawan nafsunya, lambat laun nafsunya akan
mengalahkannya dan menguasainya lalu dia tertawan dan tergoda dengan dunia, sehingga dia
terdedah kepada murka Allah dan siksaNya.
"Katakanlah:. "Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum
keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumahrumah
tempat tinggal yang kamu sukai, adalah kamu cintai lebih dari Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad
di jalanya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya. Dan Allah tidak memberi petunjuk
kepada orang-orang yang fasik". At-Taubah: 24
9.1 Kerjaya dan UsahaMencari Rezeki
Seorang pemuda atau pelajar Islam yang melalui jalan dakwah, sebenarnya masih ringan
dari bebanan menanggung ahli keluarga, masih belum memasuki dunia mencari rezeki dan masih
mudah melangkah di atas jalan dakwah tanpa mengalami komitmen, tekanan atau gangguan. Tetapi
setelah dia tamat pengajian, mereka akan terikat dengan kerjaya atau menyandang satu jawatan.
Mulalah dia merasa tekanan dan iltizamnya yang terpaksa dia pelihara. Berkemungkinan perasaan
yang demikian mendorongnya untuk membataskan kegiatan dakwahnya dan mengurangkan
jihadnya, melambat-lambatkan kegiatan dan langkahnya di jalan dakwah dan ada kalanya berhenti
langsung di tengah jalan, tidak mahu meneruskan perjalannya di bidang dakwah. Sekiranya dia
tidak mempunyai iman yang teguh, akidah yang mantap dan keazaman yang kukuh, pastilah dia
tidak akan mampu melepasi rintangan dan halangan itu. Kekuatan imanlah yang akan
memudahkan dia meneruskan Perjalanannya di dalam urusan dakwah Islam dengan penuh
keyakinan bahawa Allah s.w.t. itulah yang jaminan rezeki dan menanggungnya. Jawatan itu
hanyalah satu alat ntuk dipergunakan demi mencapai dan merealisasikan cita-cita di dunia ini untuk
mencapai keredhaan Allah. Oleh kerana itu wasilah dan alat yang tertentu tidak boleh di ubah
menjadi rintangan yang menghalangi kita mencapai tujuan.
9.2 Isteri dan Anak-Anak
Sesudah kita menerangkan bagaimana jawatan bertukar menjadi penghalang yang mulanya
menjadi wasilah, muncullah pula peranan perkahwinan dengan segala perkara yang berhubung
dengannya. Muncullah pula pelbagai bebanan, sekatan-sekatan dan tarikan yang memperdayakan
untuk condong kepada kehidupan duniawi dan ingin melekat kepadanya. Demikian juga anak-anak
yang kita kasihi mengikat kita. Kita sibuk menguruskan urusan dan segala keperluan mereka
membuat kita risau memikirkan berbagai-bagai masalah untuk kepentingan mereka. Semuanya itu
mungkin mempengaruhi orang yang berjalan di atas jalan dakwah dan inilah yang selalu
mengganggu dakwah. la menghalang pendokong dakwah unutk meneruskan dakwah dan jihad
pada jalan Allah dan boleh jadi (semoga di jauhkan Allah dari perkara sedemikian) berhenti
langsung dari dakwah dan jihad Islam. Benarlah Allah yang Maha Agung ketika ia berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak mu ada yang
menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka".At-Taghabun: 14
Adapun orang yang beriman dengan iman yang benar, yang telah berjanji dengan Allah
untuk bekerja di jalan dakwah, maka sesungguhnya dia akan beriltizam dengan sunnah Rasulullah
lalu dia berikhtiar sebaik-baiknya untuk memilih isteri yang salih yang akan menolongnya
melaksanakan tugasnya di dalam urusan dakwah Islam, bukan merintangi perjalanannya. Isteri
inilah yang akan bekerjasama dan berganding bahu dalam mendidik dan membentuk zuriat,
generasi yang salih untuk menjadi penyejuk mata dan menggembirakan hati mereka. Anak-anak ini
nanti yang akan memuliakan agama Allah dan membangunkan daulah Islam di muka bumi.
Alangkah baik dan indahnya doa haJnba Ar-Rahman yang melukis di dalam Al-Quran:
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati
(kami), dan jadikanlah kami iman bagi orang-orang yang bertakwa". Al-Furqan: 74
Lantaran itu, dia bersama dengan isterinya dan anak-anaknya sentiasa berada di atas jalan
dakwah ini.Dia bersama keluarganya dan jamaah Islam berjalan terus di atas jalan dakwah dan
menjadi qudwah hasanah (contoh teladan yang baik) sebagai keluarga Islam mithali dan menjadi
tiang seri yang teguh untuk membangunkan masyarakat Islam. Kita telah melihat di dalam sejarah
dakwah Islam di zaman silam dan zaman moden ini berapa ramai isteri-isteri solehah yang
menunjukkan jasa-jasa yang besar dan gemilang, menjadi pembantu, penyokong and pendorong
kepada suami mereka. Contoh yang paling ideal dan paling istimewa daripada mereka ialah
Saidatina Khadijah r.a., Ummul Mukminin yang utama dan pertama itu. Mata air umat Islam ini
tidak pernah kering daripada kebaikan sepanjang masa. Kita juga dapat menyaksikan di zaman
moden ini beberapa contoh dan model yang indah dan istemewa dari isteri-isteri muslimah yang
solehah, sabar dan tabah menanggung penderitaan bertahun-tahun, bahkan berpuluh-puluh tahun
terdedah kepada berbagai bentuk rupa gangguan, gugatan dan penyeksaan sama ada mereka
dipaksa masuk penjara yang gelap gelita dan penuh penyeksaan yang kejam dan sengsara. Isteriisteri
yang solehah itu menerima segala-galanya dengan redha dan bergembira dengan
mengharapkan keredhaan Allah. Malah mereka bangun melindungi, mendidik, mengurus anakanak
dan segala keperluan hidup tanpa henti dan jemu di samping sentiasa mendorong suamisuami
mereka supaya tetap bertahan di atas kebenaran, berhadapan dengan kezaliman angkatan
thagut. Mereka sentiasa menenangkan hati suami mereka. Ada pula sebahagian dari isteri yang
solehah itu dimasukkan di dalam penjara yang gelap gelita dan di dalam tahanan penuh dengan
berbagai-bagai gangguan dan penyiksaan. Mereka tetap bersabar dan redha menanggungnya tanpa
berundur dari jalan dakwah dan tidak pernah berganjak dari jihad dan perjuangan Islam.
9.3 Mabuk Dunia dan Harta
Ada satu lagi rintangan yang mengancam sebahagian dari pendokong dakwah. Rintangan
ini memerlukan penguasaan yang keras kerana daya tarikannya juga sangat keras. Iaitu terbukanya
dunia kepada mereka, berkembangnya urusan mencari harta, mudah memperolehi harta sedikit
demi sedikit, sehingga akhirnya mendapati dirinya dimabuki harta. Segala waktunya, usahanya,
kegiatannya, tenaga pemikirannya ditumpukan untuk mencari dan melonggokkan harta. Akhirnya
dia menjadi alat harta dan dikuasai oleh harta pada mulanya dicari untuk menjadi alat dakwah dan
jihadnya, alat untuk mencari keredhaan Allah.
Sesungguhnya mencari harta yang halal itu tidak boleh dihalang, bahkan digalakkan di
dalam syariat Islam, tetapi ia hanyalah merupakan sebagai alat dan bukan menjadi matlamat utama,
bukanlah merupakan tujuan yang besar di mana ia menumpukan segala pemikiran dan ilmu
semata-mata kepadanya sahaja sehingga menghalang para pendokong dakwah dari melaksanakan
urusan dakwah Islam. Harta itu juga tidak menghalangnya dari melaksanakan hak-hak Allah di
dalam harta itu. Mengorbankan sebahagian daripadanya pada jalan Allah dianggap sebagai satu
perbuatan yang terpuji dan tanda bersyukur. Tetapi tuntutan dan keperluan dakwah tidak cukup
hanya setakat itu sahaja. Lihatlah contoh-contoh yang ditunjukkan oleh Saidina Uthman r.a., Saidina
Abdul Rahaman bin Auf r.a. dan para sahabat Rasulullah s.a.w. yang mempunyai harta yang banyak
yang diperolehi dari perniagaan mereka. Semuanya itu tidak menyibukkan mereka dan tidak
menghalang mereka dari melaksanakan tugas-tugas dakwah dan berjihad di jalan Allah. Lebih dari
itu mereka telah mengorbankan sebahagian dari harta mereka dengan mudah dan redha pada jalan
Allah tatkala kepentingan dakwah menghendaki yang demikian itu.
Bahaya cinta harta dan mabuk untuk melonggokkannya hingga bertimbun-timbun mudah
menyeludup masuk di dalam diri dan meresapi jiwa lalu menjadi matlamat dan bukan lagi alat
dakwah dan alat mencari keredhaan Allah hingga yang empunya harta itu lalai dari menunaikan
perkara-perkara wajib, apatah lagi yang sunat. Lantas dia menumpukan seluruh idea dan usahanya
untuk menimbun harta hingga sampai ke satu neringkat di mana dia mabuk harta dan
diperhambakan oleh harta lalu enggan berpisah dari harta sehingga dia dijemput oleh maut, atau
oleh sesuatu paksaan di luar kehendaknya barulah dia meninggalkan hartanya. Akhirnya ia
menghadapi penyesalan dan hisab yang sangat teliti di hari Akhirat. Jadi orang yang beriman, yang
benar, wajiblah dia mengawasi dirinya dengan pengawasan yang sangat keras dan cukup supaya
dia tidak jatuh tersungkur di dalam rintangan seperti ini apabila dia terdedah kepada suasana
seperti itu. Kalau tidak, maka harta yang sedikit yang mencukupi adalah lebih baik dari harta yang
banyak tetapi melalaikan. Al Iman Muslim telah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesungguhnya telah berjayalah orang yang telah Islam dan diberi rezeki yang mencukupi sesuai dengan
keperluannya dan memberi kepuasan kepadanya dengan apa yang telah dikurniakan kepadanya ".
9.4 Suara-Suara Penghalang dan Pelemah Yang Melemahkan
Sebahagian lagi dari rintangan-rintangan yang patut kita perhatikan supaya kita tidak
memandang ringan akan bahayanya ialah suara-suara atau bisikan-bisikan yang menghalang dan
melemahkan yang selalu dibisikkan kepada para pendokong dakwah dari sekitarnya. Ia timbul
dalam pelbagai-bagai bentuk sama ada berupa nasihat, tunjuk ajar, ajaran-ajaran dan ancaman dari
pihak yang mempunyai penyakit di dalam hatinya atau dari golongan yang lemah kemahuan dan
malap cita-citanya untuk meneruskan perjalanannya dan tidak' sanggup lagi memikul
tanggungjawab dakwah yang besar dan susah kerana mereka lebih meneutamakan keselesaan dan
keselamatan diri daripada panas teriknya api jihad dan nyala dakwah Islam. Ataupun hasutanhasutan
yang timbul dari musuh Allah yang sentiasa mengatur tipu daya untuk memusnahkan
dakwah dan memperdaya para pendokongnya.
Al Quranul Karim telah menyuruh kita berjaga-jaga dan berwaspada dari golongan manusia
seperti itu dan memberitakan kepada kita berbagai-bagai bentuk uslub, cara-cara, pengaruh dan tipu
daya mereka terhadap dakwah dan pendokongnya. Allah membalas mereka dan membuka
tembelang mereka di dalam firmanNya yang bermaksud :
"Dan mereka berkata: "Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini".
Katakanlah: "Api nereka jahaman itu lebih perit panasnya jikalau mereka memahami". At-Taubah: 81
"Orang-orang yang mengatakan kepada saudara-saudaranya dan mereka tidak turut pergi berperang:
"Sekiranya mereka mengikuti kita, tentulah mereka tidak terbunuh". Katakanlah: "Tolaklah kematian itu dari
dirimu, jika kamu orang-orang benar".Alilmran: 168
"Jika mereka berangkat bersama-sama kamu nescaya mereka tidak menambah kamu selain dari
kerosakan belaka dan tentu mereka akan bergegas maju ke muka di celah-celah barisanmu untuk mengadakan
kekacauan di antaramu, sedang di antara kamu ada orang-orang yang amat suka mendengarkan perkataan
mereka. Dan Allah mengetahui orang yang zalim".At Taubah: 47
Adakalanya bentuk ancaman yang menakut-nakutkan itu datangnya dari musuh-musuh
Allah dan kekuatan mereka tetapi Al-Quran menceritakan kepada kita bagaimana orang-orang
mukmin yang benar-benar beriman telah berjaya menghadapi saranan dan propaganda yang
menakut-nakut itu. Malah iman mereka semakin bertambah dan penyerahan diri mereka kepada
Allah lebih pasrah dan bertawakal penuh kepadaNya. Al-Quranul Karim juga menceritakan kepada
kita bagaimana akibat dan natijah yang baik telah dicapai oleh orang-orang yang beriman. Al-Quran
menggambarkan kepada kita akan hakikat propaganda yang menakut-nakutkan itu hanyalah
merupakan uslub dan cara-cara iblis yang terkutuk sebagaimana firman Allah Taala:
"(Iaitu) orang-orang yang mentaati printah Allah dan RasulNya sesudah mereka mendapat luka
(dalam peperangan Uhud). Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka dan bertakwa, ada pahala
besar. (Iaitu) orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul yang kepada mereka ada orang-orang mengatakan:
"Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada
mereka", makd kata-kata itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi
Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia
(yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan
Allah mempunyai kurnia yang besar. Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakutnakutkan
kamu dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), kerana itu janganlah kamu takut
kepada mereka tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman ".Alilmran: 172-175
Al-Quran Al Karim melarang kita merasa hina, lemah dan tidak bermaya sebagaimana
firman Allah:
"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamu orangorang
yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman ". Alilmran: 139
"Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan,
maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitainya, sedang kamu
mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana ". An Nisaa': 104
Firmannya lagi:
"Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya
yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah. Dan tidak
lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang sabar". Alilmran: 146
Lantaran itu pendokong dakwah yang berjalan di atas jalan dakwah dan telah menjual
dirinya kepada Allah wajiblah berwaspada dan janganlah mereka terpengaruh dengan suara-suara
sumbang dan propaganda-propaganda yang menakut-nakutkan yang semata-mata bertujuan
menyekat perjalanan dakwah dan para pendokongnya. Hendaklah mereka percaya dengan sepenuh
jiwa kepada Allah dan pertolonganNya dan bertakwalah kepadaNya dan janganlah suaranya lemah
apabila berhadapan dengan kebatilan. Alangkah indahnya mutiara kata-kata dari Iman as-Syahid
Hassan al-Banna dalam pengertian itu:
"Kekuatan itu adalah paling bagus apabila berada di dalam kebenaran, dan seburuk-buruk kelemahan ialah
apabila ia berada di pihak yang batil".
9.5 Kekerasan Hati Kerana Telah Lama Berehat
Ini adalah satu lagi rintangan yang memerlukan kewaspadaan kerana ia tidak muncul sekali
gus, tetapi secara perlahan dan beransur-ansur sehingga hampir-hampir tidak disedari oleh orang
yang berjalan di atas ialan dakwah, iaitu kekerasan hati lantaran telah lama sangat berenggang dari
kegiatan dakwah. Lalu hemah dan kemahuannya beransur-ansur lemah untuk terus bergiat dan
berusaha dalam urusan dakwah dan pada akhirnya padam di dalam dirinya. Kehangatan Islam
sudah tidak terasa lagi dan pengaruh dakwah sudah tidak menusuk hati dan tidak berminat lagi
untuk melibatkan diri dengan urusan dakwah dan melaksanakan tugas-tugas jihad pada jalan Allah.
Hatinya semakin hari semakin berkarat sehingga tatkala membaca al-Quran hatinya tidak
mendapat sebarang kesan, sembahyangnya tidak khusyuk, kadang-kadang lupa lalu meninggalkan
sembahyang beberapa hari dan waktu tanpa kesal dan rugi dalam diri. Akhirnya dia mendapati
dirinya jauh dari keadaan dan sifat-sifat mukmin seperti yang digambar oleh Allah di dalam al-
Quran:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila di sebut Allah
gementarlah hati mereka, dan apabila dibarakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah mereka kerananya
dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal". Al-Anfaal:2
Allah s.w.t menyuruh kita berwaspada supaya kita tidak jatuh tersungkur di dalam kekerasan hati
seperti ini di dalam firmanNya:
"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah
dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang-, orang yang
sebelumnya telah diturunkan kitab. Kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka
menjadi keras. Dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."Al-Hadid:16
Untuk menjaga diri dari halangan ini, pendokong dakwah yang berjalan di atas jalan
dakwah mestilah sentiasa memelihara dirinya supaya tidak terasing dari saudara-saudaranya
supaya sentiasa berada di dalam amal dan usaha dakwah. Tolong-menolong di dalam kebaikan serta
saling berpesan tentang kebenaran dan kesabaran. Dia mestilah membiasakan dirinya dengan tugastugas
kewajipan dan saudara-saudaranya yang bekerja dan beramal di bidang dakwah. Dia mestilah
sentiasa memperbaiki hubungannya dengan kitab Allah dan selalu memeriksa dirinya (muhasabah)
sendiri dengan segala perbuatannya satu demi satu. Di samping itu saudara-saudaranya wajib
memberi peringatan apabila dia lupa dan menolongnya beramal apabila dia telah ingat.
9.6 Sungguhpun Demikian Kita Tidak Boleh Merasa Aman
Barang siapa berjalan di atas jalan dakwah tidak boleh merasa aman walau sekelip mata
sebab kalau dia telah merasa aman dari rintangan, dia akan menyangka bahawa dia telah dapat
mengatasi Segala rintangannya, serta merasakan bahawa jalan yang sedang dijalaninya telah bersih
dari segala rintangan, ataupun dia yakin bahawa dia telah sampai kepada ketahanan dan kekuatan
iman yang menjamin kemampuannya untuk mengatasi sebarang rintangan yang mengganggu
perjalanannya. Kita tidak boleh juga mengganggap bahawa apabila kita telah berjaya melintasi satu
rintangan yang tertentu, rintangan itu tidak akan berulang lagi beberapa kali. Dia mestilah sedar
bahawa syaitan dan seluruh kuncu-kuncunya dan pembantu-pembantunya dari kalangan musuhmusuh
Allah akan terus menunggu dan mengintai-intai para duat dan sentiasa cuba memalingkan
mereka dari dakwah mereka dan jihad mereka di jalan Allah dan jalan kebenaran.
Hanya orang-orang yang mengenali Tuhan mereka, meminta perlindungan kepada Allah
dari segala kejahatan mereka sahaja yang terlepas dari tipu muslihat syaitan dan Allah memuliakan
mereka dengan menetapkan pendirian mereka di dalam kebenaran.
"Dan jika kamu berjumpa sesuatu godaan syaitan maka mintalah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". Al-A'raaf: 200
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka
ingat kepada Mlah maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka. Dan teman-teman mereka
iaitu orang-orang kafir dan fasik membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-henti
menyesatkan ". AlA'raaf: 201-202
"Allah meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan
dunia dan di Akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan membuat apa yang
dia kehendaki". Ibrahim: 27
Kita memohon kepada Allah supaya dia menetapkan kita di atas jalan dakwah, menjauhkan
kita dari segala kesalahan, melindungi kita dari segala kejahatan diri kita, dari kejahatan syaitan dan
menamatkan hidup kita dengan kebaikan. Amin.

0 comments:

Post a Comment